CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 12 May 2009

Pelancaran Radio Sekolah "HINGAR FM"

Masa : 10:00 - 10:30 (Waktu Rehat)
Tarikh : 11 Mei 2009
Hari : Isnin

Radio sekolah telah bersiaran untuk kali pertama pada hari tersebut. Juruhebah siaran ialah Nurhanisa Syazira, pelajar tahun3. Segmen-segmen yang dimuatkan termasuk segmen berita pelajar, pedoman, ristaan, kenali Dialek Bahasa Kita (KDBK) dan kenali Negara Kitani (KNK).

Setiap segmen dibacakan oleh murid-murid dari tahun 3, 4, 5 dan 6. Soalan-soalan kuiz KNK bagi setiap peringkat tahun juga diadakan.

Radio sekolah Hingar FM akan bersiaran setiap dua bulan sekali mengikut tema-tema yang telah disediakan.


Guru pengawas sedang membuat persiapan untuk pelancaran radio sekolah.

Murid-murid sedang menunggu giliran untuk menyampaikan segmen masing-masing.

Murid-murid sedang mendengarkan segmen yang disampaikan.